PADAH PAKAI KANTA LEKAP SESUKA HATI.
Pemakai kanta lekap boleh mendapat kebutaan dan padah berpanjangan sekiranya memakai kanta lekap tanpa mendapat konsultasi dan pemeriksaan mata dari pengamal bertauliah seperti optometris atau pakar oftalmologis.
BUTA DISEBABKAN MEMAKAI KANTA SENTUH SESUKA HATI
Pembelian kanta lekap (contact lens) tanpa mendapat preskripsi dan nasihat Optometrist bertauliah boleh mengundang padah. Jangan beli kanta lekap anda dari pasar malam, booth di pasaraya, kaki lima kedai, kedai optikal tidak bertauliah, laman sosial atau laman web. Hanya dapatkan kanta lekap dari lokasi yang berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia.
Penjualan contact lens dikawal Akta Optik 1991. Sesiapa didapati bersalah menjual contact lens tanpa tauliah boleh dipenjara 2 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
No comments:
Post a Comment